Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

MM 24 | Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Harga : RM 17
Pos : RM 8

MM 23 | Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Harga : RM 18
Pos : RM 8

MM 22 | Ensiklopedia Al Quran


Harga : RM 90
Pos : RM 15

----Sinopsis---

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini, ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan firman Allah SWT, Tuhan yang esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?

Siapa yang perlu memiliki buku ini?

Buku Ensiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"

(Hadis riwayat Imam Muslim)


MM 21 | Lilin Pun Dipadamkannya


Harga : RM 19
Pos : RM 8

MM 20 | Ar-Roh Hidup Selepas Mati


Harga: RM28.00
Pos : RM 10

ISBN: 978-967-361-108-9
Tarikh Terbit: Februari 2014
Jumlah Muka Surat: 412

 ----Ulasan ----
Ini hasil karya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau menulis buku ini pada fasa awal pembabitan dalam bidang ilmu. 

Buku ini sudah dilengkapi dengan ulasan/tahqiq oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity

Kata guru saya, 

"Buku ini sangat bermanfaat. Ia mempunyai banyak ilmu. Sebahagian perkara dalam buku ini menggunakan pendapat yang lemah (tetapi popular dalam masyarakat). Penuntut ilmu yang membacanya akan mengetahui yang mana pendapat kuat dan pendapat lemah. Namun begitu, ia sebuah kitab yang seungguh bermanfaat dalam bab berkenaan (roh) ..."

___Sinopsis_________________________________________________

Buku ini membahaskan,

1-  Hukum-hukum dan ciri-ciri roh, 

2- Membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan.

3-  Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah.

Buku ini telah diulas dalam nota kaki oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity.

Dalam satu hadis, Umar al-Khattab bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

“Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan manusia yang telah menjadi bangkai?” Baginda menjawab, “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang akukatakan berbanding kamu tetapi mereka tidak mampu menjawab’.”

(HR al-Bukhari: 3981)

MM 19 | Resepi Pemakanan Rasulullah


Harga: RM17.00/RM20.00
Pos: RM 8/RM 10

ISBN: 978-967-361-080-8
Tarikh Terbit: Julai 2013
Jumlah Muka Surat: 64 (warna penuh)

▶ Buku Resepi Pemakanan Rasulullah ialah buku resepi!

Hadis-hadisnya sudah disaring. 
Alhamdulillah.

Buku ini memberi panduan makanan dan minuman yang dimakan dan diminum oleh Rasululullah, atau diisyaratkan kebaikannya melalui al-Quran dan al-Hadis. 

Ianya buku resepi. 

---> Berminat? PM

MM 18 | Rahsia-rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah


Harga Buku : RM 30
Pos : RM 10

Jumlah Muka Surat: 474

---Ulasan---

Allah mengutuskan Rasulullah     bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya.

Rasulullah     telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah    dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.

Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah    yang jarang terdengar oleh kita.

MM 17 | Mohammed Morsi- Khilafah Islam Kembali; Bermula di Bumi Kinanah


Harga: RM25.00
Pos: RM 10

ISBN: 978-967-361-066-2
Tarikh Terbit: Januari 2013
Jumlah Muka Surat: 374


___Sinopsis_________________________________________________

Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]

Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya  seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.

Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.

Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.

Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.

MM 16 | Bertemu Janji Allah


Harga : RM 39 / RM 42
Pos : RM 14/ RM 16

ISBN 978-967-361-050-1
Tarikh Terbit: Jun 2012
Jumlah Muka Surat: 406

--Ulasan--

"Bertemu Janji Allah" ialah himpunan tazkirah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kata Tok Guru, "Dunia adalah darul asbab. Hitam putih kehidupan akhirat seseorang dicorakkan oleh diri sendiri. Kegagalan mengikut apa yang diperintahkan Allah akan menimpalah azab daripada Allah."


MM 15 | Kamu Apa Yang Kamu Makan


Harga : RM18
Pos : RM 8

--- Ulasan ---

Buku ini adalah buku yang mengajar kita untuk sihat dalam neraca hidup Islam.Ia dikupas dengan menarik apabila menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama.


MM 14 | 100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan


Harga : RM 20
Pos : RM 8

Penulis : Dr. Haifa Abdullah ar-Rasyid
ISBN: 978-967-361-065-5
Tarikh Terbit: November 2012
Jumlah Muka Surat: 352

---Ulasan---

Buku 100 Sunnah Rasulullah saw yang dilupakan merupakan sebuah buku hasil 2 orang wanita. Disusun oleh Ustazah Haifa Abdullah ar-Rasyid, dan dibimbing oleh Bintu Abdullah al-Julham.  

Metode

Buku ini mengoleksi hadis-hadis yang terbukti benar dari Rasulullah saw. Ia diambil dari rekod ulama hadis ulung dalam rantaian ilmu hadis seperti Imam al-Bukhari dan Muslim. Apabila ada hadis sahih dari jalan yang jauh, maka penulis akan berikan sebab mengapa ia sahih. 

Fokus

1.    Buku ini dihasilkan bagi memberi faham kepada masyarakat berkenaan sunnah-sunnah yang biasanya diamalkan oleh Nabi saw, tetapi sudah sering dilupakan.

Seperti orang yang mengantuk ketika khatib sedang khutbah jumaat disunnahkan untuk mengubah tempat duduknya. Ketika berdoa, khatib mengangkat jari

2.    Bukan sekadar hadis yang dilupakan sahaja, tetapi amalan yang kita biasa buat tapi kita tak tahu bahawa ia juga dlakukan oleh Rasulullah, apabila melakukannya akan dapat pahala mengikut Nabi.

Seperti mengetuk pintu rumah ketika mahu masuk, meminta izin sebelum masuk. Kita buat, tapi kita tidak tahu bahawa ia sunnah.

3.    Buku ini juga memberi penjelasan kepada kita bahawa ada sunnah yang kita belum pernah tahupun tetapi ia sangat baik dan bagus menurut agama dan kajian saintifik. 

Contohnya, sunnah mencelupkan lalat apabila ia masuk ke dalam bekas minuman.

Keistimewaan

Buku ini disusun mengikut bab-bab Fikah yang mudah. Bermula dari isu bersuci, wudhuk, mandi wajib, solat, sehinggalah isu adab dan akhlak. Kemudian dtambah dengan bab-bab umu seperti perubatan gaya Nabi, cara makan dan minum, zikir-zikir, dan sebagainya. 

Tuesday, April 1, 2014

MM 13 | Ajaibnya Wanita



Wanita, sememangnya ajaib. Penuh dengan kesabaran, kelembutan, kekuatan dan ketabahan. Setiap wanita yang ingin mencari sokongan dan ibrah di setiap ujian hidup, sangat dicadangkan untuk membaca buku ini. Untuk lelaki yang ingin tahu dan mahu menghargai setiap wanita, juga sesuai menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan dalam mengenali dan memahami keistimewaan wanita. 

Dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok!

Harga buku : RM 18

Pos : RM 8.

Berminat? SMS/Whatsapp saya 0166583542.


MM 12 | Membongkar Rahsia di Sebalik Rampasan Kuasa Mesir



Harga : RM 25

Pos : RM 8

Buku ni sangat laris setakat ini. Dapatkan sekarang! Whatsapp/SMS saya 0166583542.


Friday, February 28, 2014

MM 10 | Mengetuk Pintu Langit


Harga : RM 12
Pos : RM 8

MM 09 | Islam, Songkok & Bahasa


Harga: RM23.00
Pos : RM 10 

Jumlah Muka Surat: 328

___Sinopsis_______

Buku Islam, Songkok dan Bahasa adalah gabungan rencana yang pernah ditulis oleh Maarof Salleh dalam Berita Harian Singapura. Ia juga adalah luahan umum masyarakat Islam Melayu di Singapura terhadap isu agama, negara dan bangsa.

3 isu ini tidak dipenjara dalam kotak masyarakat Singapura sahaja, bahkan penulis melintasi garisan sempadan Malaysia apabila beliau membuat analisis isu dengan mengaitkan dua negara ini secara serentak.

Penulis melontarkan kritikan terhadap idea politik Singapura, perkembangan politik Malaysia, pandangan kepada para pemimpin negara, cadangan untuk guru, ustaz dan ustazah, bagi membentuk masa depan yang lebih gemilang.

Beliau sentiasa mahu menegaskan bahawa setiap rakyat merupakan agen perubahan buat agama, negara dan bangsa.

Monday, February 17, 2014

MM 02 | Apa Erti Cinta


Harga : RM RM 20 / RM 23
Pos : RM 10 / RM 12

-- Ulasan --

Buku ini adalah tulisan tentang cinta menurut pandangan para ulama silam dan moden. Terkandung juga pendirian Islam dalam isu cinta, kisah-kisah cinta yang sahih, dan perbahasan agama dalam isu cinta.