Thursday, May 1, 2014

MM 14 | 100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan


Harga : RM 20
Pos : RM 8

Penulis : Dr. Haifa Abdullah ar-Rasyid
ISBN: 978-967-361-065-5
Tarikh Terbit: November 2012
Jumlah Muka Surat: 352

---Ulasan---

Buku 100 Sunnah Rasulullah saw yang dilupakan merupakan sebuah buku hasil 2 orang wanita. Disusun oleh Ustazah Haifa Abdullah ar-Rasyid, dan dibimbing oleh Bintu Abdullah al-Julham.  

Metode

Buku ini mengoleksi hadis-hadis yang terbukti benar dari Rasulullah saw. Ia diambil dari rekod ulama hadis ulung dalam rantaian ilmu hadis seperti Imam al-Bukhari dan Muslim. Apabila ada hadis sahih dari jalan yang jauh, maka penulis akan berikan sebab mengapa ia sahih. 

Fokus

1.    Buku ini dihasilkan bagi memberi faham kepada masyarakat berkenaan sunnah-sunnah yang biasanya diamalkan oleh Nabi saw, tetapi sudah sering dilupakan.

Seperti orang yang mengantuk ketika khatib sedang khutbah jumaat disunnahkan untuk mengubah tempat duduknya. Ketika berdoa, khatib mengangkat jari

2.    Bukan sekadar hadis yang dilupakan sahaja, tetapi amalan yang kita biasa buat tapi kita tak tahu bahawa ia juga dlakukan oleh Rasulullah, apabila melakukannya akan dapat pahala mengikut Nabi.

Seperti mengetuk pintu rumah ketika mahu masuk, meminta izin sebelum masuk. Kita buat, tapi kita tidak tahu bahawa ia sunnah.

3.    Buku ini juga memberi penjelasan kepada kita bahawa ada sunnah yang kita belum pernah tahupun tetapi ia sangat baik dan bagus menurut agama dan kajian saintifik. 

Contohnya, sunnah mencelupkan lalat apabila ia masuk ke dalam bekas minuman.

Keistimewaan

Buku ini disusun mengikut bab-bab Fikah yang mudah. Bermula dari isu bersuci, wudhuk, mandi wajib, solat, sehinggalah isu adab dan akhlak. Kemudian dtambah dengan bab-bab umu seperti perubatan gaya Nabi, cara makan dan minum, zikir-zikir, dan sebagainya. 

No comments:

Post a Comment