Sunday, September 21, 2014

MM 30 | Konstantinopel : Kibaran Panji-panji Al Fateh


Novel Sejarah.


Garapan indah mengenai Konstantinopel, Bizantium, Sultan Muhammad Al-Fateh. Sarat dengan fakta dan diadun sedikit dengan watak fiksyen.


Nak tahu isi kandungannya? Dapatkan sekarang dengan harga yang berpatutan!


-Embun Melati-

016-6583542


#bukuonline #sayajualbukusejarah #novelsejarah #fiksyensejarah #sejarahkonstantinopel #sejarahbizantium #sultanmuhammadalfateh #kotatinggalangreek #bukufaktasejarah #sejarahislam


Friday, September 12, 2014

MM 29 | Mudahnya Menjemput Rezeki (Buku Mini)




Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, nukilan Fathuri Salehuddin didatangkan dalam bentuk mini dan handy. 

Mengandungi isi yang padat dan ringkas. Sesuai untuk bacaan setiap peringkat umur. Buku ini sedang dalam pengemaskinian untuk cetakan terbaru. Walaubagaimanapun, stok cetakan sebelumnya masih ada dengan saya sebanyak 80 buah.

Boleh digunakan untuk bacaan harian dan juga doorgift.

Harga?

Jangan risau, harganya sangat-sangat murah dan berbaloi untuk dimiliki iaitu RM2!

Berminat boleh Whatsapp/Telegram saya laju-laju 016-6583542!

Friday, August 8, 2014

MM 28 | Atlas.ti



Judul Buku: ATLAS.ti : Pengenalan Data Kualitatif
Pengarang: Dr. Othman Talib
Maklumat tentang buku : http://www.tulis-tesis-cepat.com/atlas.ti/hop.php?ref=fatini

Buku ini merupakan pengenalan analisis data kualitatif beserta 140 ilustrasi langkah demi langkah. Semua ilustrasi diterbitkan dengan izin ATLAS.ti. Naskah ini merupakan panduan lengkap bergambar tentang penggunaan perisian ATLAS.ti. 

Dapatkan sekarang!

http://www.tulis-tesis-cepat.com/atlas.ti/hop.php?ref=fatini


Thursday, July 17, 2014

MM 27 | Fiqh Keutamaan


RM1 daripada keuntungan jualan buku ini akan disalurkan ke tabung bantuan saudara-saudara Islam tempatan dan antarabangsa. 


Membeli sambil menderma. Dapatkan sekarang!


Harga asal : RM25

Harga DISKAUN : RM23

Caj pos : RM8


SMS/Whatsapp 016-6583542.


FREE GIFT akan diberi bersama pembelian buku ini. Komen 'FIQH KEUTAMAAN' untuk membeli dan layak mendapat FREE GIFT!


Cepat2 sebelum kehabisan stok!


#bukuonline#tokobuku#bukuagaman#fiqhkeutamaan#pts#freegift#motivation#muslim#muslimah#prayforMH17#prayforGAZA#menderma

Wednesday, July 9, 2014

MM 26 | MENDELEY? Apa Tu?


Kelmarin saya potpet pasal tulis tesis cepat, hari ni Mendeley pula. Apekebenda la Mendeley ni kan? Kadang tu ada juga tersasul nak sebut Mandy. Teringat pula nasi arab Mandy. Bisa kecur air liur bulan-bulan puasa cakap pasal nasi arab Mandy. Hehehe.

Sabar-sabar toman sekalian. Ini bukan Mandy biasa. Ini Mendeley luarbiasa. Luarbiasa kerana bukunya dihasilkan oleh orang hebat berdasarkan kajian dan ujikaji. Fenomena yang dihasilkan oleh penulisnya memang hebat sehinggakan dinamakan tsunami Mendeley uollss. Siapa tidak kenal Dr. Othman Talib yang masyhur di kalangan pelajar sarjana dan doktor falsafah masa kini. Tak kenal memang rugi. Rugi sangat.

Memula saya terserempak blog dia, fuh memang kagum tak terkata! Banyak ilmunya dalam menghasilkan tesis dengan cepat dan tersusun. Bukan saja pakar, malah tidak lokek berkongsi segala ilmu yang telah dipelajari dan dipraktikkan olehnya kepada pelajar-pelajar di luar sana termasuklah saya sendiri. Segala bebelan, perkongsian dan nasihat melalui bukunya telah membuka mata dan minda saya untuk teruskan pengajian sarjana tanpa putus asa.

Baik, kita berbalik pada Mendeley. Ramai lagi tak tahu apa dia Mendeley ni. Saya pun masih di awal penerokaan. 

Apa maksud Mendeley ni? Dari mana datangnya Mendeley?

Mengikut kata Dr. Othman Talib atau nama glemernya Dr. OT, "Mendeley ni keluar sekitar 2008. Ia perisian percuma bagi menyusun dan berkongsi artikel dan penulisan citation atau bibliography.  Mendeley bagi percuma 1 GB storage, dah memadailah untuk kita simpan artikel dalam storage Mendeley, bukan komputer kita. Kata lah komputer kita hilang, simpanan artikel tadi masih on the cloud dalam Mendeley".

Jadi apa gunanya buku Mendeley ni pulak?

Untuk panduan kita lah. Supaya kerja-kerja citation atau bibliography lebih mudah dan pantas. Buku Tulis Tesis Cepat pun sudah membantu saya begitu banyak dalam penulisan proposal dan tesis, apatah lagi Tsunami Mendeley ni.


Apa isi kandungan buku ini?

Ok, saya bagi teaser DUA BAB daripada buku ini iaitu:-

BAB 1 - PENGENALAN MENDELEY 
1.1 Pengenalan
1.2 Memperkenalkan Reference Manager
1.3 Apa itu MENDELEY?

BAB 2 - INSTALASI MENDELEY
2.1 Instalasi Mendeley Desktop 
2.2 Instalasi Mendeley Web / Importer 
2.3 Synchonization dan simpanan file sumber rujukan
2.4 Menghapus fail dalam simpanan

Buku yang ditulis oleh Dr.OT ni adalah satu-satunya dalam Bahasa Melayu. Insyaallah ia memberi manfaat besar pada anda yang sedang menyambung atau bakal menyambung pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam apa jua bidang pun. 

Jadi apa tunggu lagi? Sila klik di bawah untuk membuat pesanan buku TSUNAMI ini sekarang! Anda pilih dan bertindak untuk sukses dalam penulisan tesis!


Happy Research!

Ramadan Kareem. :)

#tulistesiscepat#bukumendeley#tsunamimendeley#dr.othmantalib#dr.OT#proposaltesis#researchmethod#apastyle#citation#bibliography#whatismendeley#theses#tipsandtricks#menulistesis#tokobuku#bukuonline#bukuakademik#

Tuesday, July 8, 2014

MM 25 | Teknik Menulis Proposal/Tesis Dengan Cepat

Antara masalah-masalah dari pelajar yang sedang menyiapkan tesis :- 

# Proposal asyik ditolak supervisor!

# Tukar tajuk kajian berkali-kali.

# Dah nak abis satu semester, masih terkial-kial menulis Chapter One !

# Memulakan sekali lagi  proposal dan kajian, sebab tajuk sebelum ini semua tersekat tengah jalan.Tidak cukup rujukan!

# Proposal sudah lulus 2 tahun dahulu tetapi analisis statistik  bermasalah sehingga menganggu penulisan tesis.

# Rasa tidak cukup MASA! Mana hendak ambil data, tambah rujukan, edit dan tulis tesis lagi.

# Tekanan yang amat. Rujukan bersepah-sepah dalam komputer tetapi masih sangkut macamana mahu susun dan mula menulis tesis!

# OTAK STUCKED! TIDAK TAHU DARI MANA NAK MULAKAN PENULISAN!

# Dan banyak lagi……

Masalah-masalah begini seringkali menghantui pelajar sarjana dan doktor falsafah, termasuklah diri saya sendiri.

Adakala buntu dan banyak termenung. Tidak tahu dari mana mahu mulakan. Sehingga lah ada seorang rakan yang menyarankan saya membaca buku ini :-


Walaupun masih lagi di peringkat awal penulisan dan 'agak' terlambat, saya tetap tidak akan berputus asa untuk teruskan apa yang sudah saya mula. Andai stucked lagi, saya akan bangkit dengan penuh semangat.

Buku ini memberi pengetahuan tentang:-

- Bagaimana menyusun dan mengekstrak maklumat dari artikel.
- Bagaimana mencari research gap dan kajian permasalahan.
- Bagaimana menulis terus ke dalam proposal / tesis. 
- Bagaimana menyusun bibliography.
- Bagaimana  menguasai teknik penulisan dan referencing yang cepat dan efisyen.
- Dan pelbagai lagi kelebihan buku ini..

Insyaallah buku ini memberi banyak manfaat kepada sesiapa saja yang mahukan sukses dalam penulisan tesis.

Dan saya juga. Mohon doakan. :)

#tulistesiscepat#dr.ot#dr.othmanthalib#tesissarjana#articles#jurnal#doctoratejournals#bukuonline#blogjualonline