Thursday, May 1, 2014

MM 20 | Ar-Roh Hidup Selepas Mati


Harga: RM28.00
Pos : RM 10

ISBN: 978-967-361-108-9
Tarikh Terbit: Februari 2014
Jumlah Muka Surat: 412

 ----Ulasan ----
Ini hasil karya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau menulis buku ini pada fasa awal pembabitan dalam bidang ilmu. 

Buku ini sudah dilengkapi dengan ulasan/tahqiq oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity

Kata guru saya, 

"Buku ini sangat bermanfaat. Ia mempunyai banyak ilmu. Sebahagian perkara dalam buku ini menggunakan pendapat yang lemah (tetapi popular dalam masyarakat). Penuntut ilmu yang membacanya akan mengetahui yang mana pendapat kuat dan pendapat lemah. Namun begitu, ia sebuah kitab yang seungguh bermanfaat dalam bab berkenaan (roh) ..."

___Sinopsis_________________________________________________

Buku ini membahaskan,

1-  Hukum-hukum dan ciri-ciri roh, 

2- Membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan.

3-  Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah.

Buku ini telah diulas dalam nota kaki oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity.

Dalam satu hadis, Umar al-Khattab bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

“Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan manusia yang telah menjadi bangkai?” Baginda menjawab, “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang akukatakan berbanding kamu tetapi mereka tidak mampu menjawab’.”

(HR al-Bukhari: 3981)

No comments:

Post a Comment