Wednesday, July 9, 2014

MM 26 | MENDELEY? Apa Tu?


Kelmarin saya potpet pasal tulis tesis cepat, hari ni Mendeley pula. Apekebenda la Mendeley ni kan? Kadang tu ada juga tersasul nak sebut Mandy. Teringat pula nasi arab Mandy. Bisa kecur air liur bulan-bulan puasa cakap pasal nasi arab Mandy. Hehehe.

Sabar-sabar toman sekalian. Ini bukan Mandy biasa. Ini Mendeley luarbiasa. Luarbiasa kerana bukunya dihasilkan oleh orang hebat berdasarkan kajian dan ujikaji. Fenomena yang dihasilkan oleh penulisnya memang hebat sehinggakan dinamakan tsunami Mendeley uollss. Siapa tidak kenal Dr. Othman Talib yang masyhur di kalangan pelajar sarjana dan doktor falsafah masa kini. Tak kenal memang rugi. Rugi sangat.

Memula saya terserempak blog dia, fuh memang kagum tak terkata! Banyak ilmunya dalam menghasilkan tesis dengan cepat dan tersusun. Bukan saja pakar, malah tidak lokek berkongsi segala ilmu yang telah dipelajari dan dipraktikkan olehnya kepada pelajar-pelajar di luar sana termasuklah saya sendiri. Segala bebelan, perkongsian dan nasihat melalui bukunya telah membuka mata dan minda saya untuk teruskan pengajian sarjana tanpa putus asa.

Baik, kita berbalik pada Mendeley. Ramai lagi tak tahu apa dia Mendeley ni. Saya pun masih di awal penerokaan. 

Apa maksud Mendeley ni? Dari mana datangnya Mendeley?

Mengikut kata Dr. Othman Talib atau nama glemernya Dr. OT, "Mendeley ni keluar sekitar 2008. Ia perisian percuma bagi menyusun dan berkongsi artikel dan penulisan citation atau bibliography.  Mendeley bagi percuma 1 GB storage, dah memadailah untuk kita simpan artikel dalam storage Mendeley, bukan komputer kita. Kata lah komputer kita hilang, simpanan artikel tadi masih on the cloud dalam Mendeley".

Jadi apa gunanya buku Mendeley ni pulak?

Untuk panduan kita lah. Supaya kerja-kerja citation atau bibliography lebih mudah dan pantas. Buku Tulis Tesis Cepat pun sudah membantu saya begitu banyak dalam penulisan proposal dan tesis, apatah lagi Tsunami Mendeley ni.


Apa isi kandungan buku ini?

Ok, saya bagi teaser DUA BAB daripada buku ini iaitu:-

BAB 1 - PENGENALAN MENDELEY 
1.1 Pengenalan
1.2 Memperkenalkan Reference Manager
1.3 Apa itu MENDELEY?

BAB 2 - INSTALASI MENDELEY
2.1 Instalasi Mendeley Desktop 
2.2 Instalasi Mendeley Web / Importer 
2.3 Synchonization dan simpanan file sumber rujukan
2.4 Menghapus fail dalam simpanan

Buku yang ditulis oleh Dr.OT ni adalah satu-satunya dalam Bahasa Melayu. Insyaallah ia memberi manfaat besar pada anda yang sedang menyambung atau bakal menyambung pengajian sarjana dan doktor falsafah dalam apa jua bidang pun. 

Jadi apa tunggu lagi? Sila klik di bawah untuk membuat pesanan buku TSUNAMI ini sekarang! Anda pilih dan bertindak untuk sukses dalam penulisan tesis!


Happy Research!

Ramadan Kareem. :)

#tulistesiscepat#bukumendeley#tsunamimendeley#dr.othmantalib#dr.OT#proposaltesis#researchmethod#apastyle#citation#bibliography#whatismendeley#theses#tipsandtricks#menulistesis#tokobuku#bukuonline#bukuakademik#

No comments:

Post a Comment