Thursday, May 1, 2014

MM 23 | Ketika Malaikat Tidak Bersayap


Harga : RM 18
Pos : RM 8

MM 22 | Ensiklopedia Al Quran


Harga : RM 90
Pos : RM 15

----Sinopsis---

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Namun kebesaran wahyu Allah SWT ini, ia dapat berkembang dari sebuah kota ke sebuah negara dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia dan bertahan lebih 1400 tahun. Tintanya hanya dakwat dari cairan warna-warni. Lembarannya hanya kertas daripada tumbuh-tumbuhan kenaf yang melata di bumi. Ia adalah nur petunjuk jalan bagi insan yang punya mata hati. Teksnya adalah wahyu yang boleh diterima oleh insan pilihan dan suci (Nabi dan Rasul). Wahyu yang merupakan himpunan firman Allah SWT, Tuhan yang esa. Dialah Tuhan langit dan bumi. Apakah yang lebih tinggi dan suci daripada semua itu?

Siapa yang perlu memiliki buku ini?

Buku Ensiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"

(Hadis riwayat Imam Muslim)


MM 21 | Lilin Pun Dipadamkannya


Harga : RM 19
Pos : RM 8

MM 20 | Ar-Roh Hidup Selepas Mati


Harga: RM28.00
Pos : RM 10

ISBN: 978-967-361-108-9
Tarikh Terbit: Februari 2014
Jumlah Muka Surat: 412

 ----Ulasan ----
Ini hasil karya Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau menulis buku ini pada fasa awal pembabitan dalam bidang ilmu. 

Buku ini sudah dilengkapi dengan ulasan/tahqiq oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity

Kata guru saya, 

"Buku ini sangat bermanfaat. Ia mempunyai banyak ilmu. Sebahagian perkara dalam buku ini menggunakan pendapat yang lemah (tetapi popular dalam masyarakat). Penuntut ilmu yang membacanya akan mengetahui yang mana pendapat kuat dan pendapat lemah. Namun begitu, ia sebuah kitab yang seungguh bermanfaat dalam bab berkenaan (roh) ..."

___Sinopsis_________________________________________________

Buku ini membahaskan,

1-  Hukum-hukum dan ciri-ciri roh, 

2- Membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan.

3-  Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah.

Buku ini telah diulas dalam nota kaki oleh Syeikh Ishamuddin ash-Shababity.

Dalam satu hadis, Umar al-Khattab bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

“Wahai Rasulullah, mengapa engkau bercakap dengan manusia yang telah menjadi bangkai?” Baginda menjawab, “Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, mereka lebih mampu mendengar apa yang akukatakan berbanding kamu tetapi mereka tidak mampu menjawab’.”

(HR al-Bukhari: 3981)

MM 19 | Resepi Pemakanan Rasulullah


Harga: RM17.00/RM20.00
Pos: RM 8/RM 10

ISBN: 978-967-361-080-8
Tarikh Terbit: Julai 2013
Jumlah Muka Surat: 64 (warna penuh)

▶ Buku Resepi Pemakanan Rasulullah ialah buku resepi!

Hadis-hadisnya sudah disaring. 
Alhamdulillah.

Buku ini memberi panduan makanan dan minuman yang dimakan dan diminum oleh Rasululullah, atau diisyaratkan kebaikannya melalui al-Quran dan al-Hadis. 

Ianya buku resepi. 

---> Berminat? PM

MM 18 | Rahsia-rahsia Besar di Sebalik Sirah Rasulullah


Harga Buku : RM 30
Pos : RM 10

Jumlah Muka Surat: 474

---Ulasan---

Allah mengutuskan Rasulullah     bukan sahaja untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada manusia tetapi juga untuk melaksanakan dan menegakkan seluruh ajaran dan tuntutan yang terkandung sunnahnya.

Rasulullah     telah melaksanakan perintah Allah melalui sunnahnya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi sunnah baginda ini telah dihayati sepenuhnya oleh satu generasi manusia yang besar bilangannya. Tujuannya tidak lain agar sunah perjuangan tersebut dapat diabadikan sebagai warisan dan bekalan yang kekal bagi generasi-generasi mukhlisin dan mujahidin yang akan muncul dari zaman ke zaman dalam kalangan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Berbahagialah orang-orang yang mendukung sunah dan perjuangan daripada sirah Rasulullah    dan berbahagialah orang-orang yang membentuk dirinya menurut acuan pembentukan generasi para sahabat - Generasi al-Quran Yang Unggul.

Buku ini menampilkan rahsia-rahsia sirah Rasulullah    yang jarang terdengar oleh kita.

MM 17 | Mohammed Morsi- Khilafah Islam Kembali; Bermula di Bumi Kinanah


Harga: RM25.00
Pos: RM 10

ISBN: 978-967-361-066-2
Tarikh Terbit: Januari 2013
Jumlah Muka Surat: 374


___Sinopsis_________________________________________________

Prof. Dr. Mohammed Morsi adalah salah seorang hamba Allah SWT yang dikehendaki-Nya untuk menjadi khalifah (pemimpin) di bumi Kinanah (Mesir). Beliau berusaha untuk menghadirkan kembali etika dan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui oleh penduduk negeri Kinanah (Mesir) bahkan seluruh umat Islam di zaman milenium ini. Beliau diharapkan oleh kaum Muslimin untuk menzahirkan firman Allah SWT yang berbunyi, “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar dan mereka meyakini ayat-ayat Kami.” [ Surah as-Sajadah : 24]

Lahir di Kampung Al-Adawah daerah Asy-Syarqiyah, sebuah wilayah pertanian di bahagian Timur Mesir dengan pelbagai amalan agama yang menjadi tradisi secara turun- temurun, menjadikan Mohammed Morsi tumbuh kembang dalam tradisi dan warna agama yang bersinar dalam dirinya sejak kecil lagi. Meskipun beliau hidup dalam kesederhanaan kerana bapanya hanyalah seorang petani dan ibunya  seorang suri rumah tangga, semua itu tidak menjadi halangan bagi beliau untuk mencapai cita-cita besarnya iaitu menjadi manusia yang berguna kepada negara dan agamanya.

Seperti kebiasan anak-anak Mesir yang lain, sejak kecil, Mohammed Morsi dibawa ibu bapanya ke Kuttab (surau kampung) untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang disemak oleh seorang syeikh. Kebiasaan itu diteruskan sehingga beliau dapat menghafal 30 juzuk. Pada masa yang sama, beliau juga belajar pendidikan formal. Mohammed Morsi membesar secara kebiasaan, bersifat seperti masyarakat desa yang jujur, taat beribadat, sangat menjiwai nilai-nilai agama Islam yang menjadi semangat hidup dan kehidupan keluarganya serta masyarakat desa Mesir pada umumnya.

Dalam dirinya terdapat sikap beragama yang tegak lurus di atas nilai-nilai keseimbangan di antara ucapan dan tindakan. Beliau juga mempunyai amalan zikir yang bersamaan dengan fikir serta menerapkan syariat yang senafas dengan semangatnya. Mohammed Morsi sejak kecil mencontohi Hasan al-Banna iaitu seorang yang istiqamah menjalankan syariat Allah SWT serta pada masa yang sama beliau adalah pembela agama yang teguh. Dua sifatnya iaitu pengamal syariat yang konsisten dan pembela agama yang utuh telah membentuk sifat Mohammed Morsi menjadi seorang yang bijak, tegas membela mereka yang dipinggirkan dan membela kaum Mustadafin (lemah dan dilemahkan). Pada masa yang sama, beliau sangat taat beribadat kepada Allah SWT.

Buku ini mengulas perihal keperibadian Mohammed Morsi juga sinar Khilafah Islam yang akan kembali gemilang.